Skip to main content

MENELUSURI SEJARAH 65 TAHUN MERDEKA

Rakyat Malaysia perlu zahirkan kecintaan kepada negara dengan mengekalkan 
perpaduan dan keharmonian negara yang berbilang kaum

Pada 31 Ogos 2022, maka genaplah 65 tahun Persekutuan Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia mencapai kemerdekaan. Namun tempoh 65 tahun itu bukanlah dicapai dengan cara yang mudah kerana perjuangan nasionalis untuk membebaskan negara ini daripada cengkaman penjajah telah mengorbankan keringat dan air mata darah yang tidak terkira banyaknya. Namun begitu harus kita akui Malaysia pada masa kini terus menerus mencapai kemajuan daripada pelbagai bidang sama ada daripada aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Dalam kita menikmati keamanan dan kemakmuran ini, adalah wajar bagi kita sebagai rakyat yang patriotik untuk mengimbas kembali liku-liku perjuangan nasionalis dahulu yang mencurahkan segalanya untuk membolehkan generasi kini menikmati kebebasan yang bersifat total tanpa diganggu gugat oleh kuasa luar.

  Perhimpunan Persatuan- Persatuan Melayu
menentang penubuhan Gagasan 
Malayan Union

Perjuangan menentang penjajah di Tanah Melayu telah bermula sekitar tahun 1511 apabila berlakunya pencerobohan Portugis di Melaka yang akhirnya memperlihatkan Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis setelah diserang bertalu-talu. Walaupun Melaka telah tewas, namun perjuangan orang Melayu tidak terhenti di situ sahaja. Sultan Mahmud yang memimpin perjuangan orang Melayu pada ketika itu telah berundur dan terus berjuang menentang Portugis selama 17 tahun, namun gagal untuk menakluki semula Kota Melaka apabila baginda telah mangkat di Kampar pada tahun 1528. Usaha ini kemudiannya telah diteruskan oleh putera baginda iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah yang kemudiannya telah mengasaskan kerajaan Johor pada 1528. Usaha kerajaan Melayu Johor untuk menghalau Portugis hanya berhasil selepas melalui sejarah peperangan yang panjang iaitu mengambil masa kira-kira 113 tahun apabila Johor dengan bantuan Belanda berjaya menewaskan Portugis pada tahun 1641. Ini menunjukkan semangat perjuangan orang Melayu pada ketika itu yang tidak mudah luntur walaupun terpaksa mengambil masa selama 130 tahun sebelum berjaya mengalahkan Portugis. Selain daripada Portugis, negara kita juga pernah dijajah oleh Siam yang telah menduduki Kedah pada tahun 1821. Perjuangan orang Melayu Kedah ini dipimpin oleh Syed Zainal Abidin (dikenali sebagai Tunku Kudin), Tunku Muhammad Saad dan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah. Perjuangan Tunku Kudin memperlihat jatuh bangunnya angkatan tentera Melayu bagi mempertahan Negeri Utara daripada terus dijajah oleh Siam. Semangat perjuangan orang Melayu dapat dilihat apabila pada satu ketika angkatan tentera daripada Kedah berjaya menghalau dan menyerang Siam sehingga sampai ke Sengora, serta berjaya menduduki Hadyai dan juga Setul. Namun kehadiran British di Pulau Pinang dilihat telah memberi kelebihan kepada Siam apabila pihak British telah campurtangan dan membantu Siam dengan memusnahkan harta dan juga perahu orang Kedah. Kehadiran dan campurtangan British di negeri-negeri Melayu telah menyebabkan berlakunya siri penentangan di setiap negeri yang diduduki oleh mereka.

            Pendudukan tidak sah British di Pulau Pinang pada tahun 1786 ditentang oleh Sultan Abdullah Kedah. Baginda mengumpul tentera di Seberang Perai untuk menyerang British di Pulau Pinang. Namun begitu British bertindak terlebih dahulu apabila angkatan Sultan Abdullah dari Kedah dikalahkan. Kedah menandatangani perjanjian 1791 mengakui kekuasaan British di Pulau Pinang dan menerima bayaran tahunan 6,000 pesos Sepanyol. Penglibatan British dalam pentadbiran Naning dan mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka menimbulkan kemarahan Penghulu Naning Dol Said. British yang mentadbir di Melaka menghantar angkatan tentera ke Naning pada tahun 1831, di bawah pimpinan Kapten Wyllie dan dibantu oleh Leftenan Milnes dan Leftenan Begbie berserta 150 orang Sepoi untuk menawan Tabuh, pekan dan pusat pentadbiran Penghulu Dol Said. Namun, apa yang menariknya, walaupun British mempunyai kelengakapan ketenteraan yang lebih canggih, mereka telah berjaya dikalahkan oleh angkatan tentera yang dipimpin oleh Penghulu Dol Said. Disebabkan peristiwa ini, bagi menutup kegagalan mereka, British kemudiannya menghantar angkatan tentera yang lebih besar dan berjaya menduduki Naning pada tahun 1832.

Serangan Angkatan Portugis ke atas Kota Melaka 1511 

Penglibatan British di Pahang mulai 1887 dan perlantikan J.P. Rodger sebagai Residen British pada tahun 1888 serta perlaksanan perubahan dalam pentadbiran menimbulkan percanggahan nilai-nilai tempatan dengan barat. Perkara ini dapat dilihat apabila wilayah pentadbiran dalam negeri Pahang telah dibahagikan kepada beberapa daerah dan diletakkan di bawah Pemungut Cukai dan Majistret berbangsa Eropah. Akibat daripada tindakan British inilah yang telah menyebabkan Dato Bahaman melancarkan serangan ke atas pasukan British di Lubuk Terua pada tahun 1894. Akibat daripada serangan ini, beberapa buah perahu telah karam dan seorang pendayung Melayu serta seorang mata-mata Sikh tercedera. Gerakan yang dipimpin Dato' Bahaman ini mendapat sokongan daripada Tok Gajah (lmam Perang Rasul) dan Mat Kilau. Angkatan pejuang Pahang kemudiannya telah berjaya dikalahkan dan berundur ke Kelantan dan Terengganu.

                       Upacara menandatangani Perjanjian Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu Merdeka di

                       Lancaster House, London pada 8 Febuari 1956 

Berbeza dengan penjajah-penjajah lain yang telah menduduki Tanah Melayu, campur tangan British dalam urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu dilihat lebih menyeluruh. Bermula daripada negeri utara dengan helah British mengambil alih Pulau Pinang, hinggalah ke Borneo apabila wujudnya Raja Putih Sarawak, British dilihat sentiasa mengambil peluang atas kelalaian pemimpin tempatan yang dilihat telah membuka peluang seluas-luasnya kepada pihak penjajah. Pendudukan Jepun selama 3 tahun 8 bulan dilihat telah memberi kesedaran kepada penduduk tempatan bahawa kehadiran penjajah pada dasarnya adalah sama sahaja, iaitu untuk mengaut hasil bumi tempatan walaupun di awal kehadiran mereka menjanjikan kebebasan dan hak untuk berkerajaan sendiri. Ia sebenarnya hanyalah propaganda untuk menarik sokongan masyarakat tempatan bagi memudahkan mereka untuk mengawal pentadbiran negara. Bertitik tolak daripada inilah wujudnya nasionalis moden seperti Dato Onn Jaafar, Dato' Nik Ahmad KamiL Dato' Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab, Dato' Hamzah bin Abdullah, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Tan Cheng Lock, E.E.C Thuraisingam dan ramai lagi yang perjuangan mereka tidak lagi menggunakan senjata, tetapi melalui pendidikan dan juga akal fikiran yang matang dalam menyelesaikan sesuatu isu. Dewasa kini, negara Malaysia sudah bebas merdeka dan sentiasa melangkah kehadapan. Namun harus kita ingat, apa yang kita kecapi pada masa kini tidak mustahil akan dirampas semula jika tidak dipelihara dengan baik. Penjajahan dalam dunia moden kini tidak lagi terhad kepada aspek politik semata-mata, tetapi turut melibatkan pemikiran dan budaya. Perkara ini terbukti apabila terdapat negara-negara di Asia Barat yang dulunya sudah merdeka dan mampu membangunkan negara sendiri, namun kini terpaksa tunduk kepada kuasa Barat semula. Bagi negara kita, perjuangan menentang penjajah dahulunya mungkin telah dimulai oleh bangsa peribumi, tetapi diakhirnya ia adalah hasil penyatupaduan setiap kaum dan adalah mustahil untuk berjaya tanpa kerjasama dan perpaduan daripada setiap bangsa dan etnik yang ada wujud Malaysia. Bagi memastikan keamanan dan kebebasan negara ini terus dipelihara, pendidikan adalah wadah terpenting untuk membina generasi yang lebih matang dan mampu untuk menghadap cabaran yang lebih getir. Oleh itu, institusi pendidikan tinggi yang wujud di negara ini dilihat sentiasa berusaha untuk mewujudkan generasi berilmu yang mampu menghadapi cabaran penjajahan global yang tidak bersempadan ini. Universiti MAHSA, sebagai salah satu institusi pendidikan tinggi yang mencorakan kanvas pendidikan negara tidak terkecuali sentiasa gigih menyiapkan generasi muda agar lebih mapan dalam menelusuri 65 tahun kemerdekaan negara. Misi untuk memperolehi kemerdekaan telah berjaya diselesaikan oleh generasi terdahulu dan menjadi tugas generasi kini untuk memastikan kebebasan negara ini berjaya dikekalkan dan dihiasi dengan nilai keharmonian dan kemakmuran sejagat.

Rujukan

  • 1)     Abdullah Zakaria Ghazali, Kebangkitan Terengganu : Gerakan Menentang British 1922-1928, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, 2000.
  • 2)     Abdullah Zakaria Ghazali, "Johor dan Kuasa Asing: Tindak Balas Terhadap Portugis dan Belanda, 1828-1795", PURBA, Bilangan 25 – 2006.
  • 3)     Abdullah Zakaria bin Ghazali dan Zainal Abidin Borhan, Johor : Dahulu dan Sekarang, Persatuan Muzium Malaysia, 1994.
  • 4)     Tan Liok Ee, The Politics of Chinese Education in Malam 1945-1961,  Kuala Lumpur, Oxford University Press. 1997.
  • 5)     A. Samad Abmad (edt). Sulalatus Salatin, Sejarah Melavu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.
  • 6)     Buyong Adil, Perjuangan Orang Melavu Menentang Penjajahan Abad ke 15-19, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
  • 7)     Jonathan Cave, Naning in Melaka History: The Custom, Tribes & Clans, The War Independence, Monograph No. 16, Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1990.
  • 8)     Tunku Abdul Rahman Putra, Looking Back: Monday Musings and Memories, Kuala Lumpur, Pustaka Anlara, 1977.








.


Popular posts from this blog

Carving a New Milestone: The Journey of YB Senator Professor Tan Sri Datuk Dr. Hj. Mohamed Haniffa bin Hj. Abdullah

In the annals of Malaysian education, one name that shines brightly is that of YB Senator Professor Tan Sri Datuk Dr. Hj. Mohamed Haniffa. His remarkable journey began in 2004 when he laid the foundation for what would eventually become MAHSA University in 2013. Over the years, his visionary leadership and unwavering dedication have transformed MAHSA into a renowned Malaysian higher education institution, offering a wide array of programs in diverse fields. He established MAHSA as a college, initially focusing on healthcare programs. Little did the world know that this humble beginning would evolve into something extraordinary. YB Senator Professor Tan Sri Datuk Dr. Hj. Mohamed Haniffa's accomplishments extend beyond academia. He has made significant strides in various industries, including Education, Healthcare, Retail, Technology, and Investment. His exemplary contributions earned him the position of Chairman of the SOCSO's Board of Directors, showcasing his prowess in corpor...

Shattering Stereotypes: First Malaysian Indigenous Dentist

The Department of Orang Asli Development (JAKOA) recently extended their congratulations to Dr Tan Bee Hui, who became the first indigenous person to earn the title of Dentist. JAKOA's message was shared on their TikTok page (@jakoamalaysia) based on a post made by the Malaysia Orang Asli Students' Association (PMOA) on their Facebook page. PMOA shared this announcement on their social media on September 30th. Tan Bee Hui A/P Tan Boon Huat is MAHSA University Dental Faculty Alumni who successfully completed her Bachelor of Dental Surgery earlier this year. She received her early education at SJK (C) Kuala Rompin and SMK Rompin before continuing her studies at Kolej Mara Banting. It's understood that Tan Bee Hui's interest in education was driven by the dedication of her mother, who frequently taught her and her sibling at home. As a Jakun indigenous person, she believes that education has the power to change her family's destiny and break free from the cycle of pove...

MAHSA DOCTORAL GRADUATE WINS NATIONAL AWARD IN INDONESIA

Ns. Mustopa, M. Kep, a recent PhD graduate from the Faculty of Health Science, Nursing and Education at MAHSA University, has been honoured with Indonesia’s Health Ministry National award for his extraordinary dedication in building and developing health services at the world's largest archipelagic state – Indonesia.   Driven by extraordinary passion and desire to provide quality health care service for everyone, Dr. Mustopa successfully created an integrated health service model in Islamic boarding schools for local residents and the Husnul Khotimah Islamic Boarding School. This brought a significant positive impact on the health status of Islamic boarding school students and religious teachers in the region. It is hoped that Mustopa's achievements will inspire and motivate other health care practitioners to provide the best health care service for the community. All of us at MAHSA University are very proud of our alumni Dr. Mustopa’s achievements and wish him continu...